-->

kalai selvi

Wednesday, 19 December 2012

20-12-2012

sangat kecil

kecil

sederhana

besar

sangat besar
Posted by Kalai at 22:12
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Wednesday, 12 December 2012

petua menghilangkan kelemumur

Cara untuk hilangkan kelemumur ialah ambil sebiji kelapa parut dan perah (ambil santannya sahaja).
Kemudian basahkan rambut dengan santan tadi. Sambil lumur santan, sental/tenyeh kulit kepala sekali (jangan kuat sangat)
                                                                                                              
Ambil limau kasturi atau limau nipis (lagi bagus).
Potong dan perah keserata kepala.
Ramas rambut sebentar sambil tu gosok kulit kepala dengan limau yang dah diperah (diingatkan jangan terlalu kuat, nanti pedih).
Dah siap?
Balut kepala dengan sehelai tuala kering.
Biarkan selama lebih kurang satu jam.
Selepas itu, basuh dan bilas dengan syampu biasa (Basuh dan bilas dengan bersih terutamanya bahagian kulit kepala ) Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali/dua kali.
Lihat hasilnya.
Petua ni juga dapat menjadikan rambut lebih bermaya dan menghilangkan kegatalan pada kulit kepala.
Posted by Kalai at 06:47
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Monday, 10 December 2012

cara tradisional menjaga rambut sihat dan lurus

Untuk rambut yang lurus menawan, pastikan rambut korang sentiasa dilembapkan dan urut kulit kepala korang kalau korang tak nak basahkan rambut korang. Langkah ini penting untuk memastikan perjalanan darah di kepala sentiasa lancar dan membolehkan rambut tampil berseri-seri dan menawan sepanjang masa.
Untuk meluruskan rambut secara tradisional, amalkan mencuba petua ini..
~ Ambil sebiji kelapa tua dan diparut serta diperah santannya.
~ Ambil pati santan yang diperah dan dicampurkan dengan segelas air suam.
~ Simpan santan di salam peti sejuk dan gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
~ Selepas itu, bilas kepala anda dengan air seperti biasa.
* Amalkan rawatan ini setiap  hari ataupun 3 kali semunggu.

Pisang sebenarnya boleh membaiki keadaan rambut yang rosak, mengutakan rambut dan juga mengekalkan kelembutan rambut. Bagaimana caranya? Begini caranya..
Lenyekkan pisang sehingga hancur, kemudian titiskan beberapa titik minyak almond. Gaulkan sehingga adunan menjadi krim rambut yang lembut. Basuh rambut dengan air terlebih dahulu, kemudian sapukan adunan pisang tadi pada seluruh rambut dan biarkan selama 15 minit. Selepad itu bilas dengan air soda dan biarkan rambut begitu selama 5 minit sebelum dibasuh dengan air biasa. Amalkan setiap 2 hari sekali, pasti korang akan nampak kesan yang sangat berbeza. 
                                                          
                                                                                      
              
Posted by Kalai at 20:19
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

5 tips untuk elakkan badan lesu ketika bangun tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tidak larat hendak bangun dari katil?Apabila berdepan situasi sebegini,pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana,mungkin ianya bukan satu masalah tetapi kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan,ianya memang masalah besar. Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni,terdapat 5 tip yang boleh anda amalkan.Bermula daripada sebelum anda tidur,sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.
5 tip yang saya maksudkan adalah:
                                       gambarbayisedangtidur 6 Tips Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur
1.Sebelum tidur,pastikan diri anda dalam keadaan bersih.Basuh dulu bahagian muka,tangan dan kaki.

2.Elakkan tidur terlalu lewat.Paling lewat pun,sebelum pukul 12 anda dah tidur.Lagipun,ia memang tak baik untuk kesihatan.

3.Setelah anda tersedar dari tidur,lakukan senaman ringan di atas katil.Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil.Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit.

4.Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam

5.Pastikan minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Posted by Kalai at 07:42
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

4 petua kecantikan dengan mayonis

mayonis boleh digunakan untuk tujuan kecantikan diri:
1.Melembapkan kulit
Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka,minyak sayuran dan telur.Jadi,ia kaya dengan bahan pelembap.Anda boleh gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit.Malah anda boleh praktikkan pada bahagian badan lain seperti siku,lutut dan kaki.


2.Rawatan rambut
Mayonis boleh merawat rambut agar kelihatan lebih bersinar.Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit.Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut.Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

3.Merawat kuku
Rawatan untuk mendapatkan kuku yang sihat dan kuat juga boleh dilakukan sendiri dengan mayonis.Syaratnya,anda perlulah amalkan selalu petua di bawah ni.
Caranya:
-Ambil sedikit mayonis dan sapukan pada kuku anda.
-Kemudian,biarkan dalam 10 minit.
-Bilas kuku anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala.

4 Pelindung kulit
Bagi anda yang sering terdedah kepada sinaran matahari,gunakan mayonis sebagai bahan pelindung.Cuma sapukan mayonis pada kulit bagi menyejukkan serta melegakan kulit.  
                                        
                                               mayonis 4 Petua Kecantikan Dengan Mayonis
Posted by Kalai at 07:26
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Wednesday, 5 December 2012

tips hilangkan jerawat cara mudah dan cepat

Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Lidah buaya ini juga menyejukkan kulit muka.

3.Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional.Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

4.Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.


Posted by Kalai at 03:08
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Saturday, 1 December 2012

perut lembu dilubangkan

Biar Betul! Perut Lembu Dilubangkan Ketika Masih Hidup. Mungkin satu kejutan buat kita apabila melihat sekumpulan lembu di dalam kandang mempunyai satu lubang di bahagian perut.  Sekumpulan saintis telah membuat lubang di setiap perut lembu yang diperliharanya. Hasilnya, kita akan dapat melihat rumput yang dimakan berjaya dihadamkan.Saintis memanggil-lubang pembedahan , fistulas, yang dilindungi oleh canulla, sejenis perlindungan dari dunia luar. Mereka gunakan untuk menguji penghadaman pelbagai makanan dalam perut lembu, saintis boleh mencapai dalam dan melihat bagaimana ia diproses.Seperti kelihatan sangat kejam ,ia sebenarnya tidak menyakiti haiwan , ia sebenarnya membantu kesihatan mereka, dalam kes penyakit perut, mereka boleh menerima ubat yang membantu secara langsung dari dalam.

   
Posted by Kalai at 22:16
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Tuesday, 27 November 2012

planet baru yang boleh dihuni manusia

Astronomi menemui Planet Baru yang Berpotensi Dihuni, Satu pasukan ahli astronomi Inggeris-Jerman telah menemui satu planet baru yang berpontensi dihuni manusia. Planet tersebut mengorbit dekat Matahari dan dianggarkan mempunyai iklim serupa Bumi sehingga dapat menyokong kehidupan.


Posted by Kalai at 22:56
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

cara menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat




Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1.Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

 2. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

3.Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

4. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan
Cara Menurunkan 
Berat Badan
Posted by Kalai at 22:41
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Monday, 19 November 2012

menceriakan hari anda

Pernah tak anda bangun pagi dan terasa sangat MALAS? Sangat tidak bermotivasi. Rasa macam nak sambung tidur je. Malas betul nak pegi kelas, malas nak pegi mandi pon. Tapi, nak tak nak kena pegi jugak, apa boleh buat, dah itu rutin seharian. :)

Sebenarnya, semua bermula dari minda. Minda dah set macam tu, so yang jadi 90% macam tu la. So, mulai sekarang, kita set dalam minda kita untuk tidak malas! Jadi, sama-samalah kita berusaha menghindarinya dengan menghayati 4 peraturan ni yep.. Set dalam minda peraturan-peraturan ni bila bangun tido.. ehehehhe.. :)

1.Hari ni saya TAK AKAN BALAS BALIK; kalau orang kutuk saya, marah saya, buat jahat dengan saya, saya tak akan balas balik perbuatan mereka dengan cara yang sama.

2.Hari ni saya akan MEMBANGKITKAN MOTIVASI DIRI SESEORANG; dengan senyuman saya, atau kata-kata yang baik, dan menyabarkan mereka yang bermasalah.

3.Hari ni saya akan MELAYAN ORANG LAIN SEPERTIMANA SAYA HENDAK DILAYAN; saya berpegang pada prinsip ini terhadap sesiapa jugak

4.Hari ni saya akan MELANGKAH KE HADAPAN; saya akan cuba membantu sesiapa yang dalam kesusahan.
          
Posted by Kalai at 23:39
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Sunday, 18 November 2012

hari deepavali

Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Posted by Kalai at 07:14
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Wednesday, 7 November 2012

TAMIL COLOURS

colors                  
nirangal - நிறங்கள்

   black                                        karuppu - கருப்பு
   blueneelam - நீலம்
   brownpazhuppu - பழுப்பு
   graysaambal - சாம்பல்
   greenpachchai - பச்சை
   orangesemmanjal - செம்மஞ்சள்
   purpleoothaa - ஊதா
   redsikappu - சிகப்பு
   whitevellai - வெள்ளை
  yellowmanjal - மஞ்சள்
Posted by Kalai at 20:34
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

TAMIL ADVERBS


     ENGLISH                                        TAMIL
     ADVERBS                                      ADVERBS
                                            
                                                                            
 
   adverbs of time                      kaala vinai urichsorkal - கால வினை உரிச்சொற்கள்
   yesterdaynetru - நேற்று
   todayinru - இன்று
   tomorrownaalai - நாளை
   nowippozhuthu - இப்பொழுது
   thenappozhuthu - அப்பொழுது
   laterpiraku - பிறகு
   tonightinriravu - இன்றிரவு
   right nowippozhudhe - இப்பொழுதே
   last nightnetriravu - நேற்றிரவு
   this morninginru kaalai - இன்று காலை
   next weekaduththa vaaram - அடுத்த வாரம்
   alreadyyerkenave - ஏற்கெனவே
   recentlyanmaiyil - அண்மையில்
   latelysirithu kaalaththirku mun - சிறிது காலத்திற்கு முன்
   soonviraivil - விரைவில்
   immediatelyudanadiyaai - உடனடியாய்
Posted by Kalai at 20:28
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

tamil numbers


   ENGLISH NUMBERS      Tamil Numbers
 
   numbers                               yenkal - எண்கள்
   oneonru - ஒன்று
    twoirandu - இரண்டு
   threemoondru - மூன்று
   fournaanku - நான்கு
   fiveaindhu - ஐந்து
    sixaaru - ஆறு
   sevenyezhu - ஏழு
   eightyettu - எட்டு
   nineonpadhu - ஒன்பது
   tenpaththu - பத்து
  elevenpathinondru - பதினொன்று
  twelvepannirandu - பன்னிரண்டு
  thirteenpathinmoondru - பதின்மூன்று
  fourteenpathinaanku - பதினான்கு
  fifteenpathinaindhu - பதினைந்து
  sixteenpathinaaru - பதினாறு
  seventeenpathinezhu - பதினேழு
  eighteenpathinettu - பதினெட்டு
  nineteenpaththonpadhu - பத்தொன்பது
  twentyirupathu - இருபது
  hundrednooru - நூறு
  one thousandor aayiram - ஓர் ஆயிரம்
  millionpaththu latcham - பத்து லட்சம்
Posted by Kalai at 20:20
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

tamil alphabet and pronunciation

vowel

TAMIL                ALPHABET         PRONUNCIATION
ALPHABET                                          EXAMPLE

அ          

a                               as in apple

ஆ

ā                        as in father

இ

ias in tip

ஈ

īas in deep

உ

uas in ultimate

ஊ

ūas in moon

எ

eas in elephant

ஏ

ēas in weed

ஐ

aias in Thai

ஒ

oas in opera

ஓ

ōas in moon

ஔ 

au     as in bowl
Posted by Kalai at 20:09
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Tuesday, 6 November 2012

cara mengenali diri

hri ni sya nak share beberapa cara utk mengenali personaliti diri


Jenis Personaliti

Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal

Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.

Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.Berbakat seni, memperkenalkan
 sesuatu yang baru.

Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.

Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )

Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir.Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.

Posted by Kalai at 21:19
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Tips senaman yg baik

hye semua,
skrg sya nak kongsi beberapa tips senaman yg baik

1) Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.

2)Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman
terutama dari segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindakbalas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik.
 


3)Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap
individu,

4) Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap
individu,

Posted by Kalai at 21:04
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Monday, 29 October 2012

deepavali

  DEEPAVALI atau lebih dikenali juga sebagai ‘pesta cahaya’. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

  Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

  Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).

  Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Posted by Kalai at 03:04
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Monday, 22 October 2012

tips belajar last minute

Sekarang sya nak berkongsi beberapa tips belajar last minute dengan harapan ia akan berguna untuk rakan-rakan yang tak prepare lagi untuk mid sem.

Beri penekanan kepada apa yang lecture tekankan. teknik ini paling berkesan kerana hampir 50 % examanition keluarr dari apa yang ditekankan lecture.

Tumpukan kepada subject yang susah sahaja, jika anda sudah paham sesuatu subject tidak perlu anda mengambil masa yang lama untuk memahaminya lagi.
 
Stay up hanya sekadar anda mampu sahaja. jangan memaksa kerana akan dapat zero jer jika memaksa otak. ambil selang masa yang sesuai untuk rehatkan otak kemudian sambung study semula
 
Set mind bahawa semuanya dalam keadaan baik ataupun inglishnya "all is well" supaya anda tidak gelabah dalam peperiksaan..

Posted by Kalai at 23:55
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Sunday, 21 October 2012

3 cara paling cepat mengurangkan stress

Hai kawan - kawan adakah anda terlalu stress dan tak tahu cara yang mudah untuk menanganinya,

ini antara cara-cara yang mudah untuk menangani stress yang sayajuga lakukannya:

 Menikmati Ketenangan
 Berjalan-jalan di kawasan yang agak tenang seperti di taman rekreasi atau di tepi pantai. Lupakan seketika segala masalah yang dihadapi. Fokuskan pada keindahan di sekeliling. Pastinya hati you all akan lebih tenang selepas itu.

Menyepikan diri
 Cari satu sudut yang sepi di dalam atau luar rumah. Duduk dan berehat. Tutup mata seketika dan rehatkan minda. Mungkin you all juga boleh memasang muzik yang berentak sentimental atau slow. Atau apa sahaja muzik yang menjadi favourite you all. Pastikan tiada gangguan, silentkan phone seketika.

 Menangis dengan sepuas hati
 Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.Untuk meringankan hati menangislah sepuas-puasnya.
Posted by Kalai at 21:04
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Wednesday, 17 October 2012

planet baru ditemui


Ilustrasi pelukis menunjukkan planet PH1 (depan) dan dua bintang yang mengorbitnya dari jarak jauh. - Agensi

WASHINGTON 16 Okt. - Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama seumpamanya.
Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.
PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang mengorbitnya dari jarak jauh.
Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh bintang lain.
"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.
Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.
Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.
Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih besar daripada matahari.
Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121017/lu_04/Planet-baru-ditemui#ixzz29YejnIqV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Posted by Kalai at 05:26
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (29)
    • ▼  December (7)
      • 20-12-2012
      • petua menghilangkan kelemumur
      • cara tradisional menjaga rambut sihat dan lurus
      • 5 tips untuk elakkan badan lesu ketika bangun tidur
      • 4 petua kecantikan dengan mayonis
      • tips hilangkan jerawat cara mudah dan cepat
      • perut lembu dilubangkan
    • ►  November (10)
      • planet baru yang boleh dihuni manusia
      • cara menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat
      • menceriakan hari anda
      • hari deepavali
      • TAMIL COLOURS
      • TAMIL ADVERBS
      • tamil numbers
      • tamil alphabet and pronunciation
      • cara mengenali diri
      • Tips senaman yg baik
    • ►  October (11)
      • deepavali
      • tips belajar last minute
      • 3 cara paling cepat mengurangkan stress
      • planet baru ditemui
    • ►  September (1)

7-7-1993

Kalai
View my complete profile

Picture Window theme. Powered by Blogger.