-->

kalai selvi

Wednesday, 5 December 2012

tips hilangkan jerawat cara mudah dan cepat

Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Lidah buaya ini juga menyejukkan kulit muka.

3.Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional.Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

4.Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.


Posted by Kalai at 03:08
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (29)
    • ▼  December (7)
      • 20-12-2012
      • petua menghilangkan kelemumur
      • cara tradisional menjaga rambut sihat dan lurus
      • 5 tips untuk elakkan badan lesu ketika bangun tidur
      • 4 petua kecantikan dengan mayonis
      • tips hilangkan jerawat cara mudah dan cepat
      • perut lembu dilubangkan
    • ►  November (10)
    • ►  October (11)
    • ►  September (1)

7-7-1993

Kalai
View my complete profile

Picture Window theme. Powered by Blogger.