-->

kalai selvi

Monday, 10 December 2012

cara tradisional menjaga rambut sihat dan lurus

Untuk rambut yang lurus menawan, pastikan rambut korang sentiasa dilembapkan dan urut kulit kepala korang kalau korang tak nak basahkan rambut korang. Langkah ini penting untuk memastikan perjalanan darah di kepala sentiasa lancar dan membolehkan rambut tampil berseri-seri dan menawan sepanjang masa.
Untuk meluruskan rambut secara tradisional, amalkan mencuba petua ini..
~ Ambil sebiji kelapa tua dan diparut serta diperah santannya.
~ Ambil pati santan yang diperah dan dicampurkan dengan segelas air suam.
~ Simpan santan di salam peti sejuk dan gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
~ Selepas itu, bilas kepala anda dengan air seperti biasa.
* Amalkan rawatan ini setiap  hari ataupun 3 kali semunggu.

Pisang sebenarnya boleh membaiki keadaan rambut yang rosak, mengutakan rambut dan juga mengekalkan kelembutan rambut. Bagaimana caranya? Begini caranya..
Lenyekkan pisang sehingga hancur, kemudian titiskan beberapa titik minyak almond. Gaulkan sehingga adunan menjadi krim rambut yang lembut. Basuh rambut dengan air terlebih dahulu, kemudian sapukan adunan pisang tadi pada seluruh rambut dan biarkan selama 15 minit. Selepad itu bilas dengan air soda dan biarkan rambut begitu selama 5 minit sebelum dibasuh dengan air biasa. Amalkan setiap 2 hari sekali, pasti korang akan nampak kesan yang sangat berbeza. 
                                                          
                                                                                      
              
Posted by Kalai at 20:19
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (29)
    • ▼  December (7)
      • 20-12-2012
      • petua menghilangkan kelemumur
      • cara tradisional menjaga rambut sihat dan lurus
      • 5 tips untuk elakkan badan lesu ketika bangun tidur
      • 4 petua kecantikan dengan mayonis
      • tips hilangkan jerawat cara mudah dan cepat
      • perut lembu dilubangkan
    • ►  November (10)
    • ►  October (11)
    • ►  September (1)

7-7-1993

Kalai
View my complete profile

Picture Window theme. Powered by Blogger.