Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali
ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan.
Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai
hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik
tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa
agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah
penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan
yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
No comments:
Post a Comment