-->

kalai selvi

Wednesday, 17 October 2012

planet baru ditemui


Ilustrasi pelukis menunjukkan planet PH1 (depan) dan dua bintang yang mengorbitnya dari jarak jauh. - Agensi

WASHINGTON 16 Okt. - Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama seumpamanya.
Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.
PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang mengorbitnya dari jarak jauh.
Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh bintang lain.
"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.
Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.
Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.
Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih besar daripada matahari.
Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121017/lu_04/Planet-baru-ditemui#ixzz29YejnIqV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Posted by Kalai at 05:26
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (29)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ▼  October (11)
      • deepavali
      • tips belajar last minute
      • 3 cara paling cepat mengurangkan stress
      • planet baru ditemui
      • tamil words
      • Planet dipenuhi berlian ditemui
      • cara-cara melupakan seseorang yang mengecawakan hati
      • Learn Tamil through English - Lesson 2 - Questions
      • basic tamil words
      •   Hindi Name ,Tamil N...
      •  SIMPLE TAMIL DIALOGUE He wrote well in the exami...
    • ►  September (1)

7-7-1993

Kalai
View my complete profile

Picture Window theme. Powered by Blogger.