-->

kalai selvi

Wednesday, 19 December 2012

20-12-2012

sangat kecil

kecil

sederhana

besar

sangat besar
Posted by Kalai at 22:12
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Wednesday, 12 December 2012

petua menghilangkan kelemumur

Cara untuk hilangkan kelemumur ialah ambil sebiji kelapa parut dan perah (ambil santannya sahaja).
Kemudian basahkan rambut dengan santan tadi. Sambil lumur santan, sental/tenyeh kulit kepala sekali (jangan kuat sangat)
                                                                                                              
Ambil limau kasturi atau limau nipis (lagi bagus).
Potong dan perah keserata kepala.
Ramas rambut sebentar sambil tu gosok kulit kepala dengan limau yang dah diperah (diingatkan jangan terlalu kuat, nanti pedih).
Dah siap?
Balut kepala dengan sehelai tuala kering.
Biarkan selama lebih kurang satu jam.
Selepas itu, basuh dan bilas dengan syampu biasa (Basuh dan bilas dengan bersih terutamanya bahagian kulit kepala ) Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali/dua kali.
Lihat hasilnya.
Petua ni juga dapat menjadikan rambut lebih bermaya dan menghilangkan kegatalan pada kulit kepala.
Posted by Kalai at 06:47
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Monday, 10 December 2012

cara tradisional menjaga rambut sihat dan lurus

Untuk rambut yang lurus menawan, pastikan rambut korang sentiasa dilembapkan dan urut kulit kepala korang kalau korang tak nak basahkan rambut korang. Langkah ini penting untuk memastikan perjalanan darah di kepala sentiasa lancar dan membolehkan rambut tampil berseri-seri dan menawan sepanjang masa.
Untuk meluruskan rambut secara tradisional, amalkan mencuba petua ini..
~ Ambil sebiji kelapa tua dan diparut serta diperah santannya.
~ Ambil pati santan yang diperah dan dicampurkan dengan segelas air suam.
~ Simpan santan di salam peti sejuk dan gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
~ Selepas itu, bilas kepala anda dengan air seperti biasa.
* Amalkan rawatan ini setiap  hari ataupun 3 kali semunggu.

Pisang sebenarnya boleh membaiki keadaan rambut yang rosak, mengutakan rambut dan juga mengekalkan kelembutan rambut. Bagaimana caranya? Begini caranya..
Lenyekkan pisang sehingga hancur, kemudian titiskan beberapa titik minyak almond. Gaulkan sehingga adunan menjadi krim rambut yang lembut. Basuh rambut dengan air terlebih dahulu, kemudian sapukan adunan pisang tadi pada seluruh rambut dan biarkan selama 15 minit. Selepad itu bilas dengan air soda dan biarkan rambut begitu selama 5 minit sebelum dibasuh dengan air biasa. Amalkan setiap 2 hari sekali, pasti korang akan nampak kesan yang sangat berbeza. 
                                                          
                                                                                      
              
Posted by Kalai at 20:19
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

5 tips untuk elakkan badan lesu ketika bangun tidur

Pernah tak anda rasa letih atau macam tidak larat hendak bangun dari katil?Apabila berdepan situasi sebegini,pastinya melemahkan semangat anda untuk memulakan hari baru.Kalau hari cuti dan anda tak bercadang nak ke mana-mana,mungkin ianya bukan satu masalah tetapi kalau hari biasa dan anda ada banyak kerja yang nak diselesaikan,ianya memang masalah besar. Bagi mengatasi masalah badan lesu di pagi hari ni,terdapat 5 tip yang boleh anda amalkan.Bermula daripada sebelum anda tidur,sehinggalah anda terjaga pada keesokan paginya.
5 tip yang saya maksudkan adalah:
                                       gambarbayisedangtidur 6 Tips Elakkan Badan Lesu Ketika Bangun Tidur
1.Sebelum tidur,pastikan diri anda dalam keadaan bersih.Basuh dulu bahagian muka,tangan dan kaki.

2.Elakkan tidur terlalu lewat.Paling lewat pun,sebelum pukul 12 anda dah tidur.Lagipun,ia memang tak baik untuk kesihatan.

3.Setelah anda tersedar dari tidur,lakukan senaman ringan di atas katil.Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil.Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit.

4.Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam

5.Pastikan minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Posted by Kalai at 07:42
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

4 petua kecantikan dengan mayonis

mayonis boleh digunakan untuk tujuan kecantikan diri:
1.Melembapkan kulit
Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka,minyak sayuran dan telur.Jadi,ia kaya dengan bahan pelembap.Anda boleh gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit.Malah anda boleh praktikkan pada bahagian badan lain seperti siku,lutut dan kaki.


2.Rawatan rambut
Mayonis boleh merawat rambut agar kelihatan lebih bersinar.Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit.Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut.Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

3.Merawat kuku
Rawatan untuk mendapatkan kuku yang sihat dan kuat juga boleh dilakukan sendiri dengan mayonis.Syaratnya,anda perlulah amalkan selalu petua di bawah ni.
Caranya:
-Ambil sedikit mayonis dan sapukan pada kuku anda.
-Kemudian,biarkan dalam 10 minit.
-Bilas kuku anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala.

4 Pelindung kulit
Bagi anda yang sering terdedah kepada sinaran matahari,gunakan mayonis sebagai bahan pelindung.Cuma sapukan mayonis pada kulit bagi menyejukkan serta melegakan kulit.  
                                        
                                               mayonis 4 Petua Kecantikan Dengan Mayonis
Posted by Kalai at 07:26
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Wednesday, 5 December 2012

tips hilangkan jerawat cara mudah dan cepat

Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Lidah buaya ini juga menyejukkan kulit muka.

3.Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional.Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

4.Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.


Posted by Kalai at 03:08
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Saturday, 1 December 2012

perut lembu dilubangkan

Biar Betul! Perut Lembu Dilubangkan Ketika Masih Hidup. Mungkin satu kejutan buat kita apabila melihat sekumpulan lembu di dalam kandang mempunyai satu lubang di bahagian perut.  Sekumpulan saintis telah membuat lubang di setiap perut lembu yang diperliharanya. Hasilnya, kita akan dapat melihat rumput yang dimakan berjaya dihadamkan.Saintis memanggil-lubang pembedahan , fistulas, yang dilindungi oleh canulla, sejenis perlindungan dari dunia luar. Mereka gunakan untuk menguji penghadaman pelbagai makanan dalam perut lembu, saintis boleh mencapai dalam dan melihat bagaimana ia diproses.Seperti kelihatan sangat kejam ,ia sebenarnya tidak menyakiti haiwan , ia sebenarnya membantu kesihatan mereka, dalam kes penyakit perut, mereka boleh menerima ubat yang membantu secara langsung dari dalam.

   
Posted by Kalai at 22:16
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (29)
    • ▼  December (7)
      • 20-12-2012
      • petua menghilangkan kelemumur
      • cara tradisional menjaga rambut sihat dan lurus
      • 5 tips untuk elakkan badan lesu ketika bangun tidur
      • 4 petua kecantikan dengan mayonis
      • tips hilangkan jerawat cara mudah dan cepat
      • perut lembu dilubangkan
    • ►  November (10)
    • ►  October (11)
    • ►  September (1)

7-7-1993

Kalai
View my complete profile

Picture Window theme. Powered by Blogger.