-->

kalai selvi

Monday, 29 October 2012

deepavali

  DEEPAVALI atau lebih dikenali juga sebagai ‘pesta cahaya’. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

  Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

  Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).

  Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Posted by Kalai at 03:04
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Monday, 22 October 2012

tips belajar last minute

Sekarang sya nak berkongsi beberapa tips belajar last minute dengan harapan ia akan berguna untuk rakan-rakan yang tak prepare lagi untuk mid sem.

Beri penekanan kepada apa yang lecture tekankan. teknik ini paling berkesan kerana hampir 50 % examanition keluarr dari apa yang ditekankan lecture.

Tumpukan kepada subject yang susah sahaja, jika anda sudah paham sesuatu subject tidak perlu anda mengambil masa yang lama untuk memahaminya lagi.
 
Stay up hanya sekadar anda mampu sahaja. jangan memaksa kerana akan dapat zero jer jika memaksa otak. ambil selang masa yang sesuai untuk rehatkan otak kemudian sambung study semula
 
Set mind bahawa semuanya dalam keadaan baik ataupun inglishnya "all is well" supaya anda tidak gelabah dalam peperiksaan..

Posted by Kalai at 23:55
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Sunday, 21 October 2012

3 cara paling cepat mengurangkan stress

Hai kawan - kawan adakah anda terlalu stress dan tak tahu cara yang mudah untuk menanganinya,

ini antara cara-cara yang mudah untuk menangani stress yang sayajuga lakukannya:

 Menikmati Ketenangan
 Berjalan-jalan di kawasan yang agak tenang seperti di taman rekreasi atau di tepi pantai. Lupakan seketika segala masalah yang dihadapi. Fokuskan pada keindahan di sekeliling. Pastinya hati you all akan lebih tenang selepas itu.

Menyepikan diri
 Cari satu sudut yang sepi di dalam atau luar rumah. Duduk dan berehat. Tutup mata seketika dan rehatkan minda. Mungkin you all juga boleh memasang muzik yang berentak sentimental atau slow. Atau apa sahaja muzik yang menjadi favourite you all. Pastikan tiada gangguan, silentkan phone seketika.

 Menangis dengan sepuas hati
 Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.Untuk meringankan hati menangislah sepuas-puasnya.
Posted by Kalai at 21:04
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project

Wednesday, 17 October 2012

planet baru ditemui


Ilustrasi pelukis menunjukkan planet PH1 (depan) dan dua bintang yang mengorbitnya dari jarak jauh. - Agensi

WASHINGTON 16 Okt. - Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama seumpamanya.
Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya dari Bumi itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.
PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang mengorbitnya dari jarak jauh.
Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui mengorbit dua bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh bintang lain.
"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti pembentukan planet," kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai pembentangan kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet Masyarakat Astronomi Amerika di Nevada, semalam.
Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.
Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.
Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan planet itu mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih besar daripada matahari.
Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121017/lu_04/Planet-baru-ditemui#ixzz29YejnIqV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Posted by Kalai at 05:26
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: project
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (29)
    • ►  December (7)
    • ►  November (10)
    • ▼  October (11)
      • deepavali
      • tips belajar last minute
      • 3 cara paling cepat mengurangkan stress
      • planet baru ditemui
      • tamil words
      • Planet dipenuhi berlian ditemui
      • cara-cara melupakan seseorang yang mengecawakan hati
      • Learn Tamil through English - Lesson 2 - Questions
      • basic tamil words
      •   Hindi Name ,Tamil N...
      •  SIMPLE TAMIL DIALOGUE He wrote well in the exami...
    • ►  September (1)

7-7-1993

Kalai
View my complete profile

Picture Window theme. Powered by Blogger.